RSS

ILMU TAUHID

AQIDAH

TAKRIF AKIDAH
 dari segi bahasa berasal dari perkataan arab iaitu 'aqada'(عقد)yang bermaksud simpulan atau ikatan. Ia juga berasal dari perkataan 'Aqada al-Bay'(عقد البيع) yang bermaksud ikatan jual beli.Ia juga sering dikaitkan dengan perjanjian,contohnya 'Aqada al-'Ahd(عقد العهد) yang bermasksud ikatan perjanjian

dari segi istilah pula terdapat banyak maksud yang dikemukakan oleh para ulama terdahulu.antaranya:-
Ibnu Taimiyah yang menyatakan bahawa aqidah bermaksud  amalan hati berbentuk keyakinan iaitu perkara yang dibenarkan oleh jiwa menjadikan hati terasa tenang dengannya dan tidak bercampur keraguan.

Dari Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa aqidah ialah berpegang dan membenarkan hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang syak atau ragu dan bersumber dalil yang benar.

Selain itu terdapat juga ulama lain yang memberi maksud tersendiri terhadap maksud aqidah iaitu
 Al Firus Abadi yang memberi maksud aqidah itu ialah sesuatu yang diikat atau disimpul dalam hati atau jiwa dan apa yang dipegang oleh jiwa sebagai agama dan selamat dari sebarang keraguan.

Al Murtada Al Zabidi juga memberi pendapat bahawa akidah bermaksud apa yang dipegang oleh seseorang
dengan yakin sebagai pegangan agama dan bersemi dalam hati dan jiwa.



CIRI-CIRI AQIDAH YANG BENAR
-akidah yang benar ialah satu hubungan yang kuat antara makhluk dengan pencipta yang berbentuk ikatan
hati(rohani).
-Aqidah juga berkisar tentang wahyu ALLAH iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
-Unsur aqidah yang terpenting ialah ikhlas dan rela hati seperti firman ALLAH:-

لَآ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ صلى قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَىِّ ج.....                   
(سورة البقرة : اية۲۵۶ )   

-Aqidah islam juga bersifat benar,pasti,unggul dan tidak berubah
-aqidah islam juga bercirikan unsur kerohanian,ketuhanan dan kepercayaan. Ia berunsurkan kepercayaan tanpa adanya sebarang keraguan
-Akidah yang benar bersumberkan yang pasti dan tidak meragukan

ASAS PEGANGAN AQIDAH
Aqidah seseorang yang benar bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah seperti hadith:-

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّواْ مَا إِنْ تَمَسَّتْكُمْ بِهِمَا:كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِ اللهِ
) رَوَاهُ الْبُخَارِيْ (













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment