RSS

AKIDAH ISLAM



KEDUDUKAN AQIDAH DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM
       Aqidah merupakan ciri utama bgi umat islam dan islam sendiri. Aqidah meripakan asas keyakinan yang tidak dicemari dengan keraguan tentang kebesaran Allah mahupun sifat-sifat Allah. Merupakan satu kepercayaan yang tidak boleh ditolak oleh mana-mana manusia yang bergelar islam.

FITRAH MANUSIA UNTUK BERGAMA
    Telah menjadi satu keperluan semulajadi manusia untuk mengagungkan sesuatu. Hal telah pun terbukti dengan semua manusia di dunia mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu walaupun terdapat perbezaan dari segi kepercayaan tersebut.
   
    Manusia juga memerlukan tempat berlindung dari sagala ancaman bahaya yang akan memudaratkan mereka. Keperluan manusia  untuk berlindung sangat penting bagi mencapai kehidupan yang aman dan selesa. Sebagai contoh manusia berdoa perjalanan menuju suatu tempat di lindungi dari berlaku kemalangan dan perkara yang tidak di ingini.
  
   Selain itu,manusia sangat memerulkan tempat bermohon segala hajat tidak kira untuk keperluan sendiri mahupun orang lain. Contohnya pelajar berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

     Selanjutnya,menjadi satu keperluan kepada manusia untuk mempunyai tempat merintih atau mengadu apabila terjadi sesuatu kepada diri. Manusia sering terkena musibah dalan kehidupan seharian yang penuh berliku. Hati sukar di ubati dan di tenangkan melainkan setelah mengadu kepada tuhan.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG SELARAS DENGAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA
        Islam tidak pernah menafikan keperluan semulajadi manusia seperti makan dan minum. Makan dan minum adalah satu keprluan manusia yang sangat penting sehingga islam sendiri mempunyai kaedah pemakanan yang terbaik. Kaedah tersebut telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad seperti makan buah-buahan sebelum makan nasi. Pengkaji barat sendiri telah mengikhtiraf cara permakanan ini sebagai cara pemakanan yang terbaik.
      
        Islam juga tidak menghalang naluri manusia untuk mendapatka ilmu dan mengetahui sesuatu perkara. Islam sendiri sangat menggalakkan umatnya untuk belajar seperti saranan Rasulullah yang menyatakan agar ‘tuntutlah ilmu sehingga ke Negara China’.

        Islam tidak mentaklifkan sesuatu ibadah kecuali untuk memelihara kesucian,jiwa,diri dan keturunannya.Ini bermaksud islam tidak menghalang sebarang pengamalan suatu ibadah selagi ia tidak bercanggah dengan hukum islam. Sebarang sekatan yang dilakukan oleh islam pasti ada hikmah disebaliknya.


KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN ISLAM 


Islam
Bukan Islam
-Ciptaan Allah – adil bermaksud segala perbuatan baik akan mendapat ganjaran baik begitu juga sebaliknya.
-Ciptaan Manusia - berat sebelah bermaksud sesuatu perkara di tentukan berdasarkan bangsa dan keturunan.
-Isi kandungan seimbang dunia dan akhrat.
-Islam tidak mementingkan akhirat semata-mata sebaliknya sentiase mengimbangi hal dunia spt mencari rezeki dan hal akhirat iaitu beribadah.
-Berat sebelah ada fahaman yang lebih mementingkan Dunia seperti :- hartalisme, materialisme, sekularisme, komunisme.

-Ada juga yang lebih mementingkan Akhirat seperti :- Ayah Pin, Batiniyyah, Qadyani
Ada kitab dan panduan umum yang menjadi pengangan.
Panduan yang terhad terhadap sesuatu perkara.
Merangkumi semua aspek kehidupan, ekonomi, politik, sosial dan akhirat
Meliputi sebahagian aspek sahaja
Perlaksanaan Islam lahirkan keamanan dunia dan perpaduan
Melahirkan perpecahan, pentingkan diri, kezaliman, dan peperangan
Islam bertunjang akidah dan agama yang sama
Mengikut teras bangsa tersebut
Dasar agama tidak pernah berubah.
Sentiasa berubah mengikut kepentingan ideologi dan individu tertentu.


KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAM
           Aqidah islam adalah aqidah yang tunggal iaitu hanya meng-Esakan tuhan yang satu iaitu Allah. Islam tidak pernah bertukar tuhan seperti agama lain yang tidak mempunyai ketetapan dalam pegangan.
           
         Aqidah islam juga adalah agama yang menyeluruh. Islam agama yang memetingkan  semua perkara tarmasuk bidang sains dan teknologi. Tidak ada suatu perkara yang tertinggal dalam islam mahupun tentang cara masuk tandas.
        
          Selain itu islam adalah agama yang tetap dan tidak pernah berubah. Jika ‘putih’ kata islam ‘putih’lah sampail bila-bila. Sebagai contoh islam menyatakan bahawa solat fardhu  ada 5 waktu. Perkara tidak akan berkurang mahupun bertambah.
       
           Selajutnya,aqidah islam adalah aqidah yang sentiasa menerima bukti. Ini bermaksud perkara yang dinyatakan oleh islam pasti akan berlaku tidak kira cepat atau lambat. Seperti Nabi Muhammad telah menyatakan bahawa kota Constantinople(Istanbul) akan jatuh ke tangan islam. Hal ini terbukti selepas 800 tahun kewafatan Nabi. Kota tersebut telah di takluk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh khalifah ke-7 kerajaan Uthmaniah dan 150 000 tenteranya..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment