RSS

ISLAM AGAMA PARA NABI DAN RASUL


ISLAM AGAMA PARA NABI DAN RASUL

Agama islam di bawa oleh semua para nabi dan rasul Allah. Walaupun mempunyai nama yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu meng-Esakan Allah. Tiada nabi atau rasul yang diutuskan untuk menympaikan agama yang mempunyai tujuan yang berlainan. Hal ini terdapat dalam Surah Al ‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain Allah maka sembahlah Allah)
                                             

Islam adalah agama yang diturunkan kepada semua manusia. Islam diturunkan agar manusia beriman hanya kepada Allah. Islam juga diutuska agar manusia bersama menentang syaitan yang di rejam dan bersama-sama meninggikan syiar islam. Islam juga diturunkan untuk mengitati manusia terhadap setiap janji Allah.
Surah Saba` ayat 28:-
وَمَآ أَرْسَلْنَكَ إِلَّا كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا
(Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan)


Islam adalah agama Allah. Tiada agama yang benar selain agama Islam. Allah juga hanya menerima agama Islam disisi-Nya dan menidakkan agama selain agama Islam. Islam dikatakan agama yang diterima kerana agama selain islam adalah ciptaan manusia semata-mata. Is bersifat mementingkan diri sendiri dan tidak menyeluruh. Terdapat agama yang hanya mementin akhirat seperti ayah pin dan ada yang mementingkan duniawi seperti sekularisme. Hal ini terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 19:-
إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلَمُ
(Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam)


Islam sempurna pada zaman nabi Muhammad. Ini kerana telah diharamkan oleh Allah manusia untuk makan haiwan yang di sembelih selain atas nama Allah. Telah diharamkan juga manusia menyembelih binatang untuk dijadikan santapan buat berhala. Allah juga telah mengharamkan menilik nasib mengunakan anak panah dan segala bentuk tilik nasib. Hal ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan seseorang fasik. Akan tetapi manusia pada hari ini telah merelakan perbuatan tersebut berleluasa demi kepentingan peribadi. Sepatutunya manusia tidak boleh tunduk kepada perkara yang dilarang oleh agama dimana perbuatan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia yang menyebabkan manusia di murkai Allah. Manusia tidak akan tunduk kepada amalan syaitan tersebut jika manusia berpegang kepada agama islam kerana Islam agama yang telah diredhai Allah berdasarkan surah Al Maidah ayat 3:-
وَرَضِيْتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِيْنًا............
( Aku redha islam sebagai kamu)





KENABIAN DAN KERASULAN

TAKRIF NABI

 Seorang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.

TAKRIF RASUL

 Seorang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain

PERBEZAAN

Nabi
Rasul
Bukan semua nabi adalah rasul kerana tidak semua nabi diberi wahyu untuk menjadi rasul.
Semua rasul adalah nabi kerana sebelum bergelar rasul Allah akan mengutusnya sebagai nabi dahulu.
Tiada kitab seperti rasul
rasul mempunyai kitab tetapi tidak semua rasul dikurnuakan kitab contohnya:-
Nabi Muhammad saw = al-Quran
Nabi Isa as              = Injil
Nabi Musa as          = Taurat
Nabi Daud as       = Zabur
Tugas hanya untuk dirinya
Wahyu yang diberi Allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatnya
Cabaran yang dihadapi adalah berat
Cabaran lebih hebat dan lebih mencabar kerana menghadapi tentangan dari kaum keluarga dan umatnya.
Nabi ditugaskan juga untuk menyambung syariat nabi atau rasul sebelumnya
Rasul pula membawa syariat yang baru dan menghazafkan agama lama
Bilangan nabi 313 orang
Bilangan rasul 25 orang





PERSAMAAN NABI DAN RASUL

Nabi dan Rasul diutus dari kalangan lelaki kerana lelaki sebagai pemimpin dunia. Ini kerana telah dijadikan bahawa lelaki yang perlu melindungi kaum wanita. Cukup dilihat dari sudut yang kecil seperti solat. Lelaki yang dihadapan sebagai imam yang memimpin solat,menunjukkak lelaki sebagai pemimpin yang telah dilantik secara  semula jadi.

Para nabi an rasul beri wahyu oleh Allah(surat perlantikan) yang menunjukan para nabi dan rasul telah dilantikoleh Allah untuk meneruskan syiar nabi sebelumnya atau membawa agama yang baru.

Para nabi dan rasul berdakwah kepada umatnya walaupun tidak diterima. Walaupun para nabi tidak wajib menyampaikan wahyu kepada umatnya tetapi para nabi tetap menyampaikan wahyu tersebut yang menunjukkan kasih sayang para nabi kepada umanya.

Para nabi dan rasul menerima dugaan dari kaum keluarga mereka sendiri dan masyarakatnya. Agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul di anggap sebagai perosak atau penghancur agama yang telah turunkan oleh nenek moyang mereka. Sebagai contoh nabi Muhammad di tentang habis-habisan oleh bapa saudaranya iaitu abu jahal sedangkan abu jahal lah orang yang paling gembira semasa kelahiran nabi sehingga telah mengorbankan beberapa ekor unta sebagai menyambut kelahiran nabi. Tetapi pada kahirnya abu jahal lah yang telah menjadi musuh nombor satu islam pada zaman tersebut.

Para nabi dan rasul yang diutuskan sememangnya berilmu pengetahuan bagi memudahkan kerja-kerja berdakwah. Walaupun nabi Muhammad tidak tahu menulis dan membaca tetapi nabi Muhammad diiktiraff sebagai seorang yang bijak oleh kaumnya. Nabi Muhammad adalah seorang pedagang yang mendagangkan barang-barang jualan siti khadijah. Beliau dapat memajukan jualan dagangannya sehingga orang yang tidak pernah membeli barang dari baginda akan membeli barangan jualan baginda.





PERSAMAAN DARI SEGI INDIVIDU PARA NABI DAN RASUL

Setiap individu perlu beriman kepada nabi dan rasul dan tidak bernasakh. Hal ini menjadikan manusia wajib  beriman kepada para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah utusan Allah yang membawa perkara yang benar untuk kebaikan umat manusia. Oleh itu manusia tidak boleh menolak para nabi dan rasul. Ia seperti dalam Surah Al ‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain Allah maka sembahlah Allah)
                                             

Para nabi dan rasul mengajak manusia menyembah Allah dan mengikut ajaran yang benar dan tidak menyekutukan Allah. Walaupun para nabi dan rasul membawa agama dalam pelbagai cara tetapi tetap mengajak kepda meng-Esakan Allah. Surah Al ‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain Allah maka sembahlah Allah)


Para nabi dan rasul diutuskan agar manusia sentiasa bersatu dan menegah manusia daripada berpecah belah. Umat manusia yang bepecah memudahkan musuh-musuh islam untuk menyelewengkan ajaran islam. Ia seperti yang telah berlaku pada hari ini dimana umat islam berpecah kerana hal-hal politik seperti yang berlaku dinegara Malaysia ini. Hal ini sangat mengecewakan kerana islam mengajar untuk bersatu seperti Surah Ali Imran ayat 110:-
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبِلَ اللهِ جَمِيْعًا وَلَا تَفَرَّقُواْ
(berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai)


Selanjutnya para nabi dan rasul mengajak dan mengarahkan menusia untuk meneliti dan berfikir tentang ciptaan Allah dari pelbagai sudut. Pelbagai kekuasaan Allah dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai contoh Allah menurunkan hujan yang mana air hujan menjadi sumber utama dalam kehidupan manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan . Hal ini membuktikan kekuasaan Allah yang mana manusia tidak dapat berbuat sama seperti apa yang dilakukan oleh Allah. Ini seperti yang terdapat dalam Surah Fatir ayat 27:-
اَلَمْ تَرَأَنَّ اللهَ أَنزَلَ مِنَ الْسَمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَتٍ مُّخْتَلِفًا اَلْوَنُهَاج
(Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya)





TUGAS PARA NABI DAN RASUL

Para nabi dan rasul telah ditugaskan menerima wahyu dar Allah dan menyampaikan wahyu tersebut kepada umatnya. Walaupun nabi tidak wajib menyampaikan wahyu tetapi kebanyakan nabi menyampaikan wahyu kepda umatnya agar umatnya sentiasa meng-Esakan Allah. Perkara ini terdapat dalam Surah al-‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain Al


Tugas lain para nabi dan rasul juga adalah untuk menjadi pemimpin kepada umatnya dalam pelaksanaan syariat Allah. Allah telah menurunkan ayat-ayat al-Quran kepada nabi Muhammad dan menjadi tugas Baginda untuk menerangkan ayat-ayat tersebut. Sebagai contoh lain Allah menyuruh manusia melaksanakan solat tetapi tidak ditunjukkan bagaimana caranya kerana ia adalah tugas para nabi dan rasul untuk menunjukkan caranya. Ia seperti firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 21:-
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
( Telah ada pada Rasulullah contoh tauladan yang baik)


Menjadi tugas para nabi dan rasul juga untuk membetulkan umatnya dan mengajak manusia ke jalan Allah(tauhidillah). Sebelum kedatangan nabi Muhammad masyarakat ketika itu diketegorikan sebagai masyarakat jahiliyah. Ini kerana manusia ketika itu hidup tanpa pedoman,anak perempuan yang lahir ketika itu akan di bunuh dan wanita-wanita menjadi tempat melepaskan nafsu. Oleh penurunan nabi Muhammad sebagai utusan Allah yang membetulkan kehidupan manusia seperti dalam Surah al-Ma’idah ayat 67:-
يَأَيُّهَا الرَّسُوْلُ بَلِّغْ مَآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَّبِّكَ
(Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepada mu)


Para nabi dan rasul juga ditugaskan untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada umatnya. Kebanyakan para nabi dan rasul dating kepada umatnya ketika umatnya dalam keadaan tidak berpedoman. Nabi Muhammad telah menjadi ‘role model’ terbaik kepada umat manusia kerana setiap perbuatan Baginda adalah menuju kepada kebaikan seperti dalam Surah al-Ahzab ayat 21:-
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
( Telah ada pada Rasulullah contoh tauladan yang baik)





HIKMAH DITURUNKAN NABI DAN RASUL DALAM KALANGAN MANUSIA

Para nabi dan rasul sengaja diturunkan dari kalangan manusia kerana untuk memudahkan urusan dakwah yang ingin disampaikan kepada manusia. Ajaran yang ingin disampaikan juga mudah diikuti dan dicontohi oleh umatnya. Jika nabi dan rasul di jadikan dari kalangan para malaikat manusia akan memberi alasan untuk tidak mengikuti ajaran yang dibawa. Antara alasan yang boleh diberi oleh manusia ialah malaikat tidak mempunyai perasaan seperti manusia yang boleh menerima atau menolak dakwah yang dibawa.

Hal lain juga adalah kerana manusia dijadikan sebagai pentadbir bumi. Kita sendiri boleh melihat bahawa Allah tidak menjadikan makhluk lain seperti haiwan sebagai pentadbir bumi kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian yang mempunyai akal fikiran. Selain itu, telah menjadi sunnah Allah bahawa ketua sesuatu makhluk adalah dari jenis yang sama. Sebagai contoh singa menjadi ketua kepada singa yang lain,tidak pernah terjadi keldai menjadi ketua kepada singa.

Selanjutnya, hanya manusia yang mengetahui keperluan manusia. Tidak ada makhluk yang berlainan jenis mengetahui keperluan manusia. Sebagai contoh seseorang boleh mengetahui rakannya lapar melalui perut yang berkeroncong. Para nabi dan rasul juga dijadikan dari kalangan manusia adalah untuk menjadi saksi kepada umatnya di hari akhirat kelak. Para nabi boleh memberi syafaat kepada umatnya yang selalu ingat kepadanya seperti berselawat kepadanya.




CIRI DAN SYARAT MENJADI RASUL

Seorang nabi dan rasul semestinya adalah lelaki kerana lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Lelaki juga mempunyai hati yang lebih cekap berbanding wanita yang berhati lembut. Para nabi dan rasul juga mestilah dating dari keturunan yang mulia. Nabi Muhammad sendiri datang dari keturunan yang mulia iaitu keturunan Bani Hashim. Keturunan Bani Hashim adalah keturunan yang terhormat sehingga penduduk makkah amat gerun dengan pak cik saudara nabi Muhammad iaitu Abu Talib.

Para nabi dan rasul bersifat paling mulia dalam kalangan umatnya. Nabi Muhammad adalah orang yang mulia dalam kalangan umatnya kerana peribadi Rasulullah yang mulia sehingga mendapat gelaran al-Amin. Segala apa yang dikatakan oleh Baginda adalah benar-benar belaka. Ciri yang paling popular yang ada pada nabi dan rasul adalah ma’sum. Ma’sum bermaksud terpelihara dari melakukan dosa. Para nabi dan rasul tidak pernah melakukan dosa walaupun dosa kecil.

Para nabi dan rasul semestinya sempurna dari segi fizikal dan mental. Tidak mungkin Allah mengutuskan orang yang kurang upaya untuk menjadi utusan-Nya. Para nabi dan rasul semestinya paling cerdik dalam kalangan umatnya kerana para nabi dan rasul perlu menghadap cabaran yang berat ketika berdakwah.

Para nabi dan rasul juga mendapat wahyu daripada Allah sebagai bukti pelatikan menjadi nabi dan rasul. Setiap para nabi mendapat wahyu yang berbeza kerana setiap wahyu di berikan mengikut situasi. Nabi Muhammad juga mendapat wahyu iaitu al-Quran yang menjadi panduan hidup umat manusia sehingga hari kiamat kerana tiada lagi nabi dan rasul selepasnya.





SEBAB NABI DAN RASUL DITURUNKAN DI TANAH ARAB

Para nabi dan rasul diturunkan ditanah arab kerana sikap orang arab yang ganas,degil dank eras kepala. Orang arab sanggup membunuh anak perempuan yang baru lahir walaupun anaknya sendiri sebelum kedatangan para nabi dan rasul.

Ka’abah juga memjadi sebab kenapa para nabi dan rasul diturunkan ditanah arab. Ka’bah adalah pusat perhimpunan umat manusia untuk beribadat. Seperti mana sekarang ka’abah yang mana berada di Makkah di penuhi umat islam setiap waktu tanpa mengira siang dan malam.




KESAN MENOLAK NABI DAN RASUL

Iman seseorang akan rosak kerana setiap apa yang disampaikan oleh Allah kepada hamba-Nya adalah melalui para nabi dan rasul. Manusia tidak dapat mengetahui tentang agama yang benar jika tidak ada nabi dan rasul.

Hidup seseorang juga boleh tersesat kearah yang bertentang dengan ajaran yang benar. Setiap yang disampaikan oleh para nabi dan rasul adalah dari Allah yang mana ianya adalah benar.

Seseorang itu juga tidak akan mendapat syafaat di hari akhirat kelak kerana dia telah menolak para nabi dan rasul. Hanya para nabi dan rasul yang boleh memberi syafaat di hari akhirat kepada umatnya.





HUKUM BERIMA KEPADA PARA NABI DAN RASUL

Adalah wajib mentaati para nabi dan rasul seperti yang terdapat dalam Suran An-Nisa’ ayat 59:-
           
أَطِيْعُواْ اللهَ وَأَطِيْعُواْ الْرَّسُوْلَ وَأُوْلِى الْأَمْرِ مِنْكُمْ......
(Taatilah Allah dan taatilah rasul dan taatilah pemimpin)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment