ISLAM AGAMA PARA NABI DAN
RASUL
Agama islam di bawa oleh
semua para nabi dan rasul Allah. Walaupun mempunyai nama yang berbeza tetapi
mempunyai tujuan yang sama iaitu meng-Esakan Allah. Tiada nabi atau rasul yang
diutuskan untuk menympaikan agama yang mempunyai tujuan yang berlainan. Hal ini
terdapat dalam Surah Al ‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا
أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ
إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum
kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain
Allah maka sembahlah Allah)
Islam adalah agama yang
diturunkan kepada semua manusia. Islam diturunkan agar manusia beriman hanya
kepada Allah. Islam juga diutuska agar manusia bersama menentang syaitan yang
di rejam dan bersama-sama meninggikan syiar islam. Islam juga diturunkan untuk
mengitati manusia terhadap setiap janji Allah.
Surah Saba` ayat 28:-
وَمَآ أَرْسَلْنَكَ إِلَّا
كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا
(Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan
kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai
pemberi peringatan)
Islam adalah agama Allah.
Tiada agama yang benar selain agama Islam. Allah juga hanya menerima agama
Islam disisi-Nya dan menidakkan agama selain agama Islam. Islam dikatakan agama
yang diterima kerana agama selain islam adalah ciptaan manusia semata-mata. Is
bersifat mementingkan diri sendiri dan tidak menyeluruh. Terdapat agama yang
hanya mementin akhirat seperti ayah pin dan ada yang mementingkan duniawi
seperti sekularisme. Hal ini terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 19:-
إِنَّ
الدِّيْنَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلَمُ
(Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam)
Islam sempurna pada zaman
nabi Muhammad. Ini kerana telah diharamkan oleh Allah manusia untuk makan
haiwan yang di sembelih selain atas nama Allah. Telah diharamkan juga manusia
menyembelih binatang untuk dijadikan santapan buat berhala. Allah juga telah
mengharamkan menilik nasib mengunakan anak panah dan segala bentuk tilik nasib.
Hal ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan seseorang fasik. Akan tetapi
manusia pada hari ini telah merelakan perbuatan tersebut berleluasa demi
kepentingan peribadi. Sepatutunya manusia tidak boleh tunduk kepada perkara
yang dilarang oleh agama dimana perbuatan tersebut boleh mendatangkan
kemudaratan kepada manusia yang menyebabkan manusia di murkai Allah. Manusia tidak
akan tunduk kepada amalan syaitan tersebut jika manusia berpegang kepada agama
islam kerana Islam agama yang telah diredhai Allah berdasarkan surah Al Maidah
ayat 3:-
وَرَضِيْتُ لَكُمُ
الْإِسْلَامَ دِيْنًا............
( Aku redha islam sebagai kamu)
KENABIAN DAN KERASULAN
TAKRIF NABI
Seorang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah untuk
dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
TAKRIF RASUL
Seorang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah
untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain
PERBEZAAN
Nabi
|
Rasul
|
Bukan semua nabi adalah
rasul kerana tidak semua nabi diberi wahyu untuk menjadi rasul.
|
Semua rasul adalah nabi
kerana sebelum bergelar rasul Allah akan mengutusnya sebagai nabi dahulu.
|
Tiada kitab seperti rasul
|
rasul mempunyai kitab
tetapi tidak semua rasul dikurnuakan kitab contohnya:-
Nabi Muhammad saw = al-Quran
Nabi Isa as = Injil
Nabi Musa as = Taurat
Nabi Daud as = Zabur
|
Tugas hanya untuk dirinya
|
Wahyu yang diberi Allah
untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatnya
|
Cabaran yang dihadapi
adalah berat
|
Cabaran lebih hebat dan
lebih mencabar kerana menghadapi tentangan dari kaum keluarga dan umatnya.
|
Nabi ditugaskan juga untuk
menyambung syariat nabi atau rasul sebelumnya
|
Rasul pula membawa syariat
yang baru dan menghazafkan agama lama
|
Bilangan nabi 313 orang
|
Bilangan rasul 25 orang
|
PERSAMAAN NABI DAN RASUL
Nabi dan Rasul diutus dari
kalangan lelaki kerana lelaki sebagai pemimpin dunia. Ini kerana telah
dijadikan bahawa lelaki yang perlu melindungi kaum wanita. Cukup dilihat dari
sudut yang kecil seperti solat. Lelaki yang dihadapan sebagai imam yang
memimpin solat,menunjukkak lelaki sebagai pemimpin yang telah dilantik
secara semula jadi.
Para nabi an rasul beri wahyu
oleh Allah(surat perlantikan) yang menunjukan para nabi dan rasul telah
dilantikoleh Allah untuk meneruskan syiar nabi sebelumnya atau membawa agama
yang baru.
Para nabi dan rasul berdakwah
kepada umatnya walaupun tidak diterima. Walaupun para nabi tidak wajib
menyampaikan wahyu kepada umatnya tetapi para nabi tetap menyampaikan wahyu
tersebut yang menunjukkan kasih sayang para nabi kepada umanya.
Para nabi dan rasul menerima
dugaan dari kaum keluarga mereka sendiri dan masyarakatnya. Agama yang dibawa
oleh para nabi dan rasul di anggap sebagai perosak atau penghancur agama yang
telah turunkan oleh nenek moyang mereka. Sebagai contoh nabi Muhammad di
tentang habis-habisan oleh bapa saudaranya iaitu abu jahal sedangkan abu jahal
lah orang yang paling gembira semasa kelahiran nabi sehingga telah mengorbankan
beberapa ekor unta sebagai menyambut kelahiran nabi. Tetapi pada kahirnya abu
jahal lah yang telah menjadi musuh nombor satu islam pada zaman tersebut.
Para nabi dan rasul yang
diutuskan sememangnya berilmu pengetahuan bagi memudahkan kerja-kerja
berdakwah. Walaupun nabi Muhammad tidak tahu menulis dan membaca tetapi nabi
Muhammad diiktiraff sebagai seorang yang bijak oleh kaumnya. Nabi Muhammad
adalah seorang pedagang yang mendagangkan barang-barang jualan siti khadijah.
Beliau dapat memajukan jualan dagangannya sehingga orang yang tidak pernah
membeli barang dari baginda akan membeli barangan jualan baginda.
PERSAMAAN DARI SEGI
INDIVIDU PARA NABI DAN RASUL
Setiap individu perlu beriman kepada nabi dan
rasul dan tidak bernasakh. Hal ini menjadikan manusia wajib beriman kepada para nabi dan rasul. Nabi dan
rasul adalah utusan Allah yang membawa perkara yang benar untuk kebaikan umat
manusia. Oleh itu manusia tidak boleh menolak para nabi dan rasul. Ia seperti
dalam Surah
Al ‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا
أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ
إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum
kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain
Allah maka sembahlah Allah)
Para nabi dan rasul
mengajak manusia menyembah Allah dan mengikut ajaran yang benar dan tidak
menyekutukan Allah. Walaupun para nabi dan rasul membawa agama dalam pelbagai
cara tetapi tetap mengajak kepda meng-Esakan Allah. Surah Al ‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا
أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ
إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul sebelum
kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan selain
Allah maka sembahlah Allah)
Para nabi dan rasul diutuskan agar manusia sentiasa
bersatu dan menegah manusia daripada berpecah belah. Umat manusia yang bepecah
memudahkan musuh-musuh islam untuk menyelewengkan ajaran islam. Ia seperti yang
telah berlaku pada hari ini dimana umat islam berpecah kerana hal-hal politik
seperti yang berlaku dinegara Malaysia ini. Hal ini sangat mengecewakan kerana
islam mengajar untuk bersatu seperti Surah Ali Imran ayat 110:-
وَاعْتَصِمُواْ
بِحَبِلَ اللهِ جَمِيْعًا وَلَا تَفَرَّقُواْ
(berpeganglah kamu dengan tali Allah
dan janganlah kamu bercerai-berai)
Selanjutnya para nabi dan
rasul mengajak dan mengarahkan menusia untuk meneliti dan berfikir tentang
ciptaan Allah dari pelbagai sudut. Pelbagai kekuasaan Allah dapat dilihat
dengan mata kasar. Sebagai contoh Allah menurunkan hujan yang mana air hujan
menjadi sumber utama dalam kehidupan manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan . Hal
ini membuktikan kekuasaan Allah yang mana manusia tidak dapat berbuat sama
seperti apa yang dilakukan oleh Allah. Ini seperti yang terdapat dalam Surah
Fatir ayat 27:-
اَلَمْ تَرَأَنَّ اللهَ أَنزَلَ مِنَ
الْسَمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَتٍ مُّخْتَلِفًا اَلْوَنُهَاج
(Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit
lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya)
TUGAS PARA NABI DAN RASUL
Para nabi dan rasul telah
ditugaskan menerima wahyu dar Allah dan menyampaikan wahyu tersebut kepada
umatnya. Walaupun nabi tidak wajib menyampaikan wahyu tetapi kebanyakan nabi
menyampaikan wahyu kepda umatnya agar umatnya sentiasa meng-Esakan Allah.
Perkara ini terdapat dalam Surah al-‘Anbiya’ ayat 25:-
وَمَا
أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لَآ
إِلَهَ إَلَّا أَنَاْ فَاعْبُدُوْنِ
(kami tidak mengutuskan seorang rasul
sebelum kamu(Muhammad) melainkan kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan
selain Al
Tugas lain para nabi dan
rasul juga adalah untuk menjadi pemimpin kepada umatnya dalam pelaksanaan
syariat Allah. Allah telah menurunkan ayat-ayat al-Quran kepada nabi Muhammad
dan menjadi tugas Baginda untuk menerangkan ayat-ayat tersebut. Sebagai contoh
lain Allah menyuruh manusia melaksanakan solat tetapi tidak ditunjukkan
bagaimana caranya kerana ia adalah tugas para nabi dan rasul untuk menunjukkan
caranya. Ia seperti firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 21:-
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
( Telah ada pada Rasulullah contoh tauladan yang baik)
Menjadi
tugas para nabi dan rasul juga untuk membetulkan umatnya dan mengajak manusia
ke jalan Allah(tauhidillah). Sebelum kedatangan nabi Muhammad masyarakat ketika
itu diketegorikan sebagai masyarakat jahiliyah. Ini kerana manusia ketika itu
hidup tanpa pedoman,anak perempuan yang lahir ketika itu akan di bunuh dan
wanita-wanita menjadi tempat melepaskan nafsu. Oleh penurunan nabi Muhammad
sebagai utusan Allah yang membetulkan kehidupan manusia seperti dalam Surah
al-Ma’idah ayat 67:-
يَأَيُّهَا
الرَّسُوْلُ بَلِّغْ مَآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَّبِّكَ
(Wahai
rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepada mu)
Para nabi dan rasul juga ditugaskan untuk menjadi
contoh tauladan yang baik kepada umatnya. Kebanyakan para nabi dan rasul dating
kepada umatnya ketika umatnya dalam keadaan tidak berpedoman. Nabi Muhammad
telah menjadi ‘role model’ terbaik kepada umat manusia kerana setiap perbuatan
Baginda adalah menuju kepada kebaikan seperti dalam Surah al-Ahzab ayat 21:-
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
( Telah ada pada Rasulullah contoh tauladan yang baik)
HIKMAH DITURUNKAN NABI DAN RASUL DALAM KALANGAN
MANUSIA
Para nabi dan rasul sengaja diturunkan dari kalangan
manusia kerana untuk memudahkan urusan dakwah yang ingin disampaikan kepada
manusia. Ajaran yang ingin disampaikan juga mudah diikuti dan dicontohi oleh
umatnya. Jika nabi dan rasul di jadikan dari kalangan para malaikat manusia
akan memberi alasan untuk tidak mengikuti ajaran yang dibawa. Antara alasan
yang boleh diberi oleh manusia ialah malaikat tidak mempunyai perasaan seperti
manusia yang boleh menerima atau menolak dakwah yang dibawa.
Hal lain juga adalah kerana manusia dijadikan sebagai
pentadbir bumi. Kita sendiri boleh melihat bahawa Allah tidak menjadikan
makhluk lain seperti haiwan sebagai pentadbir bumi kerana manusia adalah
sebaik-baik kejadian yang mempunyai akal fikiran. Selain itu, telah menjadi
sunnah Allah bahawa ketua sesuatu makhluk adalah dari jenis yang sama. Sebagai
contoh singa menjadi ketua kepada singa yang lain,tidak pernah terjadi keldai
menjadi ketua kepada singa.
Selanjutnya, hanya manusia yang mengetahui keperluan
manusia. Tidak ada makhluk yang berlainan jenis mengetahui keperluan manusia.
Sebagai contoh seseorang boleh mengetahui rakannya lapar melalui perut yang
berkeroncong. Para nabi dan rasul juga dijadikan dari kalangan manusia adalah
untuk menjadi saksi kepada umatnya di hari akhirat kelak. Para nabi boleh
memberi syafaat kepada umatnya yang selalu ingat kepadanya seperti berselawat
kepadanya.
CIRI DAN SYARAT MENJADI RASUL
Seorang nabi dan rasul semestinya adalah lelaki kerana
lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Lelaki juga mempunyai hati yang
lebih cekap berbanding wanita yang berhati lembut. Para nabi dan rasul juga
mestilah dating dari keturunan yang mulia. Nabi Muhammad sendiri datang dari
keturunan yang mulia iaitu keturunan Bani Hashim. Keturunan Bani Hashim adalah
keturunan yang terhormat sehingga penduduk makkah amat gerun dengan pak cik
saudara nabi Muhammad iaitu Abu Talib.
Para nabi dan rasul bersifat paling mulia dalam
kalangan umatnya. Nabi Muhammad adalah orang yang mulia dalam kalangan umatnya
kerana peribadi Rasulullah yang mulia sehingga mendapat gelaran al-Amin. Segala
apa yang dikatakan oleh Baginda adalah benar-benar belaka. Ciri yang paling
popular yang ada pada nabi dan rasul adalah ma’sum. Ma’sum bermaksud
terpelihara dari melakukan dosa. Para nabi dan rasul tidak pernah melakukan
dosa walaupun dosa kecil.
Para nabi dan rasul semestinya sempurna dari segi
fizikal dan mental. Tidak mungkin Allah mengutuskan orang yang kurang upaya
untuk menjadi utusan-Nya. Para nabi dan rasul semestinya paling cerdik dalam
kalangan umatnya kerana para nabi dan rasul perlu menghadap cabaran yang berat
ketika berdakwah.
Para nabi dan rasul juga mendapat wahyu daripada Allah
sebagai bukti pelatikan menjadi nabi dan rasul. Setiap para nabi mendapat wahyu
yang berbeza kerana setiap wahyu di berikan mengikut situasi. Nabi Muhammad
juga mendapat wahyu iaitu al-Quran yang menjadi panduan hidup umat manusia
sehingga hari kiamat kerana tiada lagi nabi dan rasul selepasnya.
SEBAB NABI DAN RASUL DITURUNKAN DI TANAH ARAB
Para nabi dan rasul diturunkan ditanah arab kerana
sikap orang arab yang ganas,degil dank eras kepala. Orang arab sanggup membunuh
anak perempuan yang baru lahir walaupun anaknya sendiri sebelum kedatangan para
nabi dan rasul.
Ka’abah juga memjadi sebab kenapa para nabi dan rasul
diturunkan ditanah arab. Ka’bah adalah pusat perhimpunan umat manusia untuk
beribadat. Seperti mana sekarang ka’abah yang mana berada di Makkah di penuhi
umat islam setiap waktu tanpa mengira siang dan malam.
KESAN MENOLAK NABI DAN RASUL
Iman seseorang akan rosak kerana setiap apa yang
disampaikan oleh Allah kepada hamba-Nya adalah melalui para nabi dan rasul.
Manusia tidak dapat mengetahui tentang agama yang benar jika tidak ada nabi dan
rasul.
Hidup seseorang juga boleh tersesat kearah yang
bertentang dengan ajaran yang benar. Setiap yang disampaikan oleh para nabi dan
rasul adalah dari Allah yang mana ianya adalah benar.
Seseorang itu juga tidak akan mendapat syafaat di hari
akhirat kelak kerana dia telah menolak para nabi dan rasul. Hanya para nabi dan
rasul yang boleh memberi syafaat di hari akhirat kepada umatnya.
HUKUM BERIMA KEPADA PARA NABI DAN RASUL
Adalah wajib mentaati para nabi dan rasul seperti yang
terdapat dalam Suran An-Nisa’ ayat 59:-
أَطِيْعُواْ
اللهَ وَأَطِيْعُواْ الْرَّسُوْلَ وَأُوْلِى الْأَمْرِ مِنْكُمْ......
(Taatilah Allah
dan taatilah rasul dan taatilah pemimpin)