RSS

AGAMA (الدين)

TAKRIF AL-DIN
       Al-Din dari segi bahasa bermaksud agama samawi atau langit yang bersumberkan wahyu ilahi melalui perutusan para rasul Allah yang di kurniakan kitab.
    
  Al-Din juga merujuk kepada agama ciptaan atau budaya yang dicipta oleh manusia dan tidak mempunyai kitab. Agama ciptaan ada banyak dan semuanya tidak diterima oleh Allah. Sesiapa yang membawa dan mengikuti agama ciptaan  adalah KUFUR dan akan ditempatkan di dalam NERAKA.

PENGGUNAAN PERKATAAN AL-DIN DALAM AL-QURAN
1)       MERUJUK AGAM YANG BENAR
a.        Din al-Haq(دين الحق)
قَتِلُواْ الَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْأَخِرِ وَلَايُحَّرِّمُوْنَ مَا حَرَّمَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ وَلَا يَدِيْنُوْنَ دِيْنَ الْحَقِّ...
                                                    (سوره التوبه :اية  ٢٩)
   
( perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat,mereka yang tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya,dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar)

b.       Din ‘ind Allah(دين عند الله)
إِنَّ الْدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ الإِسْلَمُ...
                                                                                                                                                                                        (سوره ال عمران:اية ١٩)

(sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam)

c.       Din al-Islam(دين الاسلام)
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرِ الْإِسْلَمَ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ...
                                   سوره ال عمران : اية ٨٥ ))
(barang siapa yang mencari agama selain agama Islam dia tidak akan diterima)

d.      Din Allah(دين الله)
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا
                                                                                                                                                     (سوره النصر :اية ٢)
(dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai)




2)       Al-Din merujuk kepada ajaran sesat
a.        Merujuk kepada agama yang tidak benar iaitu agama yang tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah
لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُوْنَ
                                                                                                                                    (سوره الكفرون:اية ٢)
(aku tidak menyembah apa yang kamu sembah)

b.       Golongan yang membunuh para rasul dan membenci kepada kebaikan.
هُوَ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ
(سوره التوبه:اية ٣٣)
    (Dialah yang telah mengutus rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar,untuk dimenangkan dan ditingggikan atas segala agama yang lain,walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya)
    

3)       PENGERTIAN AL-DIN YANG BENAR MENURUT AL-QURAN
Menberi makna:-
a.        Kehakiman dan kekuasaan
-        
هُوَ الْحَىُّ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّينِقلىالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ
(سوره المؤمن:اية ٦٥)     
 (Dialah yang tetap hidup,tiada Tuhan melain Dia ,maka sembahlah kamu akan dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepaa-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam)

b.      Tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah.
هُوَ الْحَىُّ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوْهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّينِقلىالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ
(سوره المؤمن:اية ٦٥)     
(Dialah yang tetap hidup,tiada Tuhan melain Dia ,maka sembahlah kamu akan dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepaa-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam)

c.        Allah sebagai penggubal mutlak sistem dan peraturan alam.
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّيْنَ
(سوره الروم:اية ٣٠)      
(Maka berhadapanlan wajahmu dengan lurus kepada agama islam)



d.       Terdapat balasan baik daripada kekuasaan dan kehakiman dan balasan buruk terhadap mereka yang mengingkari kekuasaan yang kehakiman tersebut.
-        
وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِى جَحِيْمٍ
(سوره النفطار:اية ١٤)  
(Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah,bertempat dalam neraka yang menjulang-julang)


KESIMPULANNYA:-
Al-din merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti aspek kehidupan,aqidah,syariat, dan akhlak manusia.

Al-din yang ditunjukkan oleh islam adalah cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKIDAH ISLAM



KEDUDUKAN AQIDAH DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM
       Aqidah merupakan ciri utama bgi umat islam dan islam sendiri. Aqidah meripakan asas keyakinan yang tidak dicemari dengan keraguan tentang kebesaran Allah mahupun sifat-sifat Allah. Merupakan satu kepercayaan yang tidak boleh ditolak oleh mana-mana manusia yang bergelar islam.

FITRAH MANUSIA UNTUK BERGAMA
    Telah menjadi satu keperluan semulajadi manusia untuk mengagungkan sesuatu. Hal telah pun terbukti dengan semua manusia di dunia mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu walaupun terdapat perbezaan dari segi kepercayaan tersebut.
   
    Manusia juga memerlukan tempat berlindung dari sagala ancaman bahaya yang akan memudaratkan mereka. Keperluan manusia  untuk berlindung sangat penting bagi mencapai kehidupan yang aman dan selesa. Sebagai contoh manusia berdoa perjalanan menuju suatu tempat di lindungi dari berlaku kemalangan dan perkara yang tidak di ingini.
  
   Selain itu,manusia sangat memerulkan tempat bermohon segala hajat tidak kira untuk keperluan sendiri mahupun orang lain. Contohnya pelajar berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

     Selanjutnya,menjadi satu keperluan kepada manusia untuk mempunyai tempat merintih atau mengadu apabila terjadi sesuatu kepada diri. Manusia sering terkena musibah dalan kehidupan seharian yang penuh berliku. Hati sukar di ubati dan di tenangkan melainkan setelah mengadu kepada tuhan.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG SELARAS DENGAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA
        Islam tidak pernah menafikan keperluan semulajadi manusia seperti makan dan minum. Makan dan minum adalah satu keprluan manusia yang sangat penting sehingga islam sendiri mempunyai kaedah pemakanan yang terbaik. Kaedah tersebut telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad seperti makan buah-buahan sebelum makan nasi. Pengkaji barat sendiri telah mengikhtiraf cara permakanan ini sebagai cara pemakanan yang terbaik.
      
        Islam juga tidak menghalang naluri manusia untuk mendapatka ilmu dan mengetahui sesuatu perkara. Islam sendiri sangat menggalakkan umatnya untuk belajar seperti saranan Rasulullah yang menyatakan agar ‘tuntutlah ilmu sehingga ke Negara China’.

        Islam tidak mentaklifkan sesuatu ibadah kecuali untuk memelihara kesucian,jiwa,diri dan keturunannya.Ini bermaksud islam tidak menghalang sebarang pengamalan suatu ibadah selagi ia tidak bercanggah dengan hukum islam. Sebarang sekatan yang dilakukan oleh islam pasti ada hikmah disebaliknya.


KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN ISLAM 


Islam
Bukan Islam
-Ciptaan Allah – adil bermaksud segala perbuatan baik akan mendapat ganjaran baik begitu juga sebaliknya.
-Ciptaan Manusia - berat sebelah bermaksud sesuatu perkara di tentukan berdasarkan bangsa dan keturunan.
-Isi kandungan seimbang dunia dan akhrat.
-Islam tidak mementingkan akhirat semata-mata sebaliknya sentiase mengimbangi hal dunia spt mencari rezeki dan hal akhirat iaitu beribadah.
-Berat sebelah ada fahaman yang lebih mementingkan Dunia seperti :- hartalisme, materialisme, sekularisme, komunisme.

-Ada juga yang lebih mementingkan Akhirat seperti :- Ayah Pin, Batiniyyah, Qadyani
Ada kitab dan panduan umum yang menjadi pengangan.
Panduan yang terhad terhadap sesuatu perkara.
Merangkumi semua aspek kehidupan, ekonomi, politik, sosial dan akhirat
Meliputi sebahagian aspek sahaja
Perlaksanaan Islam lahirkan keamanan dunia dan perpaduan
Melahirkan perpecahan, pentingkan diri, kezaliman, dan peperangan
Islam bertunjang akidah dan agama yang sama
Mengikut teras bangsa tersebut
Dasar agama tidak pernah berubah.
Sentiasa berubah mengikut kepentingan ideologi dan individu tertentu.


KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAM
           Aqidah islam adalah aqidah yang tunggal iaitu hanya meng-Esakan tuhan yang satu iaitu Allah. Islam tidak pernah bertukar tuhan seperti agama lain yang tidak mempunyai ketetapan dalam pegangan.
           
         Aqidah islam juga adalah agama yang menyeluruh. Islam agama yang memetingkan  semua perkara tarmasuk bidang sains dan teknologi. Tidak ada suatu perkara yang tertinggal dalam islam mahupun tentang cara masuk tandas.
        
          Selain itu islam adalah agama yang tetap dan tidak pernah berubah. Jika ‘putih’ kata islam ‘putih’lah sampail bila-bila. Sebagai contoh islam menyatakan bahawa solat fardhu  ada 5 waktu. Perkara tidak akan berkurang mahupun bertambah.
       
           Selajutnya,aqidah islam adalah aqidah yang sentiasa menerima bukti. Ini bermaksud perkara yang dinyatakan oleh islam pasti akan berlaku tidak kira cepat atau lambat. Seperti Nabi Muhammad telah menyatakan bahawa kota Constantinople(Istanbul) akan jatuh ke tangan islam. Hal ini terbukti selepas 800 tahun kewafatan Nabi. Kota tersebut telah di takluk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh khalifah ke-7 kerajaan Uthmaniah dan 150 000 tenteranya..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ILMU TAUHID

AQIDAH

TAKRIF AKIDAH
 dari segi bahasa berasal dari perkataan arab iaitu 'aqada'(عقد)yang bermaksud simpulan atau ikatan. Ia juga berasal dari perkataan 'Aqada al-Bay'(عقد البيع) yang bermaksud ikatan jual beli.Ia juga sering dikaitkan dengan perjanjian,contohnya 'Aqada al-'Ahd(عقد العهد) yang bermasksud ikatan perjanjian

dari segi istilah pula terdapat banyak maksud yang dikemukakan oleh para ulama terdahulu.antaranya:-
Ibnu Taimiyah yang menyatakan bahawa aqidah bermaksud  amalan hati berbentuk keyakinan iaitu perkara yang dibenarkan oleh jiwa menjadikan hati terasa tenang dengannya dan tidak bercampur keraguan.

Dari Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa aqidah ialah berpegang dan membenarkan hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang syak atau ragu dan bersumber dalil yang benar.

Selain itu terdapat juga ulama lain yang memberi maksud tersendiri terhadap maksud aqidah iaitu
 Al Firus Abadi yang memberi maksud aqidah itu ialah sesuatu yang diikat atau disimpul dalam hati atau jiwa dan apa yang dipegang oleh jiwa sebagai agama dan selamat dari sebarang keraguan.

Al Murtada Al Zabidi juga memberi pendapat bahawa akidah bermaksud apa yang dipegang oleh seseorang
dengan yakin sebagai pegangan agama dan bersemi dalam hati dan jiwa.



CIRI-CIRI AQIDAH YANG BENAR
-akidah yang benar ialah satu hubungan yang kuat antara makhluk dengan pencipta yang berbentuk ikatan
hati(rohani).
-Aqidah juga berkisar tentang wahyu ALLAH iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
-Unsur aqidah yang terpenting ialah ikhlas dan rela hati seperti firman ALLAH:-

لَآ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ صلى قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَىِّ ج.....                   
(سورة البقرة : اية۲۵۶ )   

-Aqidah islam juga bersifat benar,pasti,unggul dan tidak berubah
-aqidah islam juga bercirikan unsur kerohanian,ketuhanan dan kepercayaan. Ia berunsurkan kepercayaan tanpa adanya sebarang keraguan
-Akidah yang benar bersumberkan yang pasti dan tidak meragukan

ASAS PEGANGAN AQIDAH
Aqidah seseorang yang benar bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah seperti hadith:-

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّواْ مَا إِنْ تَمَسَّتْكُمْ بِهِمَا:كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِ اللهِ
) رَوَاهُ الْبُخَارِيْ (













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Intro

assalamualaikum

blog ini untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran usuluddin
harap dapat memberi manfaat bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS